Berita Penuh

6 Fakta Tentang Hospital Rehabilitasi Cheras

Imbas di HP anda.

Pasti ramai yang ingin tahu apakah fungsi Hospital Rehabilitasi. Adakah ia sama seperti hospital biasa yang merawat pesakit?

Ya, umumnya ia sama seperti hospital biasa yang merawat pesakit tetapi Hospital Rehabilitasi secara khususnya memulihkan pesakit selepas mengalami kecederaan atau penyakit yang mengehadkan aktiviti harian.

Proses rehabilitasi merangkumi penjagaan, rawatan dan sokongan yang diperlukan untuk membolehkan seseorang pesakit berdikari sendiri.

Ini enam fakta menarik tentang Hospital Rehabilitasi di negara ini;

  1. Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) merupakan hospital yang terbesar di Asia Tenggara menyediakan perkhidmatan rehabilitasi secara holistik. Struktur dan fasiliti bangunan adalah mesra orang kurang upaya.
  2. Hospital dua tingkat ini dikelilingi taman di dalam dan di luar hospital. Hospital ini juga mengadaptasikan konsep hijau yang mana struktur bangunan membolehkan penjimatan tenaga elektrik. Konsep hospital ini dibina adalah berasaskan kepada konsep ‘Hospital in the Park’.
  3. HRC mempunyai kapasiti sebanyak 166 katil, walau bagaimanapun pada masa depan, hospital ini akan menampung pertambahan sebanyak 300 katil.
  4. Hospital ini dibina dengan matlamat untuk menjadi pusat rujukan yang akan menyediakan perkhidmatan rehabilitasi perubatan komprehensif di Malaysia. Memandangan HRC adalah pusat rujukan tertiari (rujukan ketiga), ia hanya menerima rujukan daripada pakar rehabilitasi daripada hospital lain.
  5. Selain HRC, antara pusat rehabilitasi lain di negara ini adalah Pusat Rehabilitasi PERKESO selain hospital-hospital swasta terkemuka.
  6. Ada di antara hospital dan pusat rehabilitasi ini dilengkapi kemudahan dan peralatan serba canggih untuk membantu pesakit mengembalikan fungsi optimum mereka. Antaranya kolam hidroterapi, gimnasium, klinik prostesis dan ortosis, simulasi pemanduan, bilik snooze lan, bilik lokomat dan bilik amali aktiviti harian.

Kongsikan dimedia sosial anda

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on email
Email

Berita Lagi

Categories
Arkib