Jom sama-sama kita saksikan video ringkas ini. Video ini memberi maklumat ringkas tentang aktiviti rehabilitasi yang disediakan di Hospital Rehabilitasi Cheras.
.
.
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan servis di Hospital Rehabilitasi Cheras?
.
1. Sediakan dokumen rujukan lengkap dari Pakar atau Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan/Swasta
.
2. Hantar surat rujukan ke Klinik Pakar HRC yang berkenaan untuk mendapatkan tarikh temujanji.
.
3. Hadir ke HRC untuk pemeriksaan dan penilaian.
.
4. Pesakit akan dinilai oleh Pakar Perubatan di Klinik Pakar Rehabilitasi dahulu sebelum dirujuk ke Unit-Unit Pemulihan yg berkaitan.