Pengangkutan Awam

Hospital Rehabilitasi Cheras terletak hampir 5 km dari bandaraya Kuala Lumpur.

Dari pusat bandar, anda boleh menaiki tren LRT dari Stesen Masjid Jamek menuju Stesen Bandar Tun Razak. Dari sana, terdapat banyak kemudahan awam untuk menuju ke hospital.

Jika anda dari Stesen LRT Ampang atau Stesen LRT Taman Maluri, anda boleh menaiki bas Rapid bernombor T400 untuk menuju ke hospital.

Sekiranya anda dari Stesen LRT Ampang Park, anda boleh menaiki bas Rapid bernombor T401 untuk ke hospital ini.

Dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), sila naik bas Rapid bernombor 581 menuju ke Flat Seri Labuan, sebelum anda bertukar kepada bas Rapid bernombor T400 menuju ke Hospital Rehabiltasi Cheras.

Sebagai pilihan lain, anda boleh menaiki tren LRT Aliran Sentul menuju ke Stesen LRT Chan Sow Lin sebelum bertukar tren LRT ke Aliran Ampang untuk menuju ke Stesen LRT Taman Maluri. Dari stesen tersebut, anda boleh menaiki bas Rapid bernombor T400 untuk menuju ke hospital.