Pengenalan Perkhidmatan

Hospital Rehabilitasi Cheras merupakan fasiliti kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mempunyai kapasiti 166 katil. Hospital ini menyediakan perkhidmatan rawatan rehabilitasi yang komprehensif untuk pesakit dalam dan pesakit luar.

Pasukan multidisiplin kami terdiri daripada pakar-pakar klinikal dalam pelbagai bidang dan komited untuk memberikan rawatan yang terbaik dan bertaraf dunia untuk anda.

Bidang kepakaran yang disediakan termasuk:

  1. Rehabilitasi Neurologi
  2. Rehabilitasi Kecederaan Otak
  3. Rehabilitasi Kecederaan Saraf Tunjang
  4. Rehabilitasi Amputi
  5. Rehabilitasi Pediatrik
  6. Perubatan Geriatrik
  7. Program Pemulihan Jantung


Selain daripada pelbagai bidang kepakaran di atas, terdapat juga perkhidmatan kepakaran yang diberikan oleh pakar pelawat dari hospital tertiari yang lain. Ini meliputi perkhidmatan:

  1. Neuro-oftalmologi
  2. Neuro-psikiatri
  3. Pergigian untuk keperluan khas
  4. Radiologi
  5. Optometri
  6. Pakar Geriatrik