Program Rehabilitasi Kardio-Pulmonari

Program Pemulihan Jantung adalah merupakan program yang dirangka khusus untuk setiap pesakit jantung.

Antara pesakit yang boleh mendapat manfaat daripada program ini termasuklah mereka yang mengalami serangan jantung atau setelah menjalani prosedur atau pembedahan jantung.

Program Pemulihan Jantung yang dijalankan di Hospital Rehabilitasi Cheras adalah meliputi program pendidikan, senaman dan kaunseling untuk pesakit jantung dengan objektif:

  • Mengurangkan ketidakupayaan pesakit kardiovaskular akibat daripada penyakit jantung yang dialami.
  • Mengenalpasti serta mengubah suai faktor-faktor risiko dalam usaha mengurangkan morbiditi dan mortaliti yang berkaitan dengan penyakit kardiovaskular
  • Memperkasakan pesakit dengan ilmu pengetahuan agar mereka dapat mengambil tindakan yang proaktif dalam penjagaan kesihatan jantung

Faedah Menyertai Program Pemulihan Jantung

  • Mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua
  • Meningkatkan kebolehupayaan pesakit dalam melakukan aktiviti harian
  • Memberi panduan tentang cara menjalankan aktiviti harian dengan selamat, sesuai dengan keadaan penyakit jantung yang dialami
  • Mengurangkan simptom penyakit jantung
  • Memperbaiki kualiti hidup


Lokasi Kami

Bilik Program Pemulihan Jantung dan Wad 1A,
Hospital Rehabilitasi Cheras

Masa Operasi
8.00am – 5.00pm
Waktu Rehat (1.00pm – 2.00pm)