Rehabilitasi Kecederaan Otak

Kecederaan otak boleh berlaku akibat kemalangan jalan raya atau jatuh. Kecederaan otak juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti strok, serangan jantung, aneurisma , barah, atau jangkitan otak. Kecederaan otak yang dialami boleh memberikan kesan yang negative kepada kehidupan seseorang, selain boleh menyebabkan pelbagai masalah yang berkaitan seperti masalah kognitif, pergerakan, keseimbangan, koordinasi, pertuturan dan kemahiran berbahasa, dan masalah emosi serta tingkah laku.

Kami menyediakan perkhidmatan rehabilitasi kepada pessakit yang mengalami masalah neurologi bukan degenratif. Matalamt kami adalah untuk membantu mereka yang mengalami kecederaan otak untuk lebih berdikari, seterusnya kembali bekerja.

Program pemulihan kami dirangka khusus sesuai dengan keperluan setiap individu dengan fokus untuk mengembalikan kefungsian seseorang. Apabila matlamat ini tidak dapat dicapai, kami akan mengajar pesakit cara-cara untuk mengatasi ketidakupayaan yang dialami melalui pendekatan alternatif.

Perkhidmatan kami meliputi pesakit luar dan pesakit dalam.

Lokasi Kami
Klinik Rehabilitasi Kecederaan Otak
Hospital Rehabilitasi Cheras

Perkhidmatan Pesakit Dalam
Wad 2B, Aras 1
Hospital Rehabilitasi Cheras

Masa Operasi
Isnin hingga Jumaat
8.00am – 5.00pm
Waktu Rehat (1.00pm – 2.00pm)