Rehabilitasi Pediatrik

Perkhidmatan Rehabilitasi Pediatrik Hospital Rehabilitsi Cheras menyediakan perkhidmatan multidisiplinari dan intervensi rehabilitasi yang komprehensif untuk kanak-kanak, remaja dan ahli keleuarga mereka. Program pemulihan kami dirangka khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak atau remaja kurang upaya. Keperluan ini meliputi aspek mobiliti, penjagaan diri, pertuturan dan fungsi kognitif. Program Pemulihan Pediatrik bermatlamat untuk memaksimakan keupayaaan pesakit agar mereka dapat memainkan peranan aktif dalam aktiviti di rumah, sekolah dan komuniti.

Perkhidmatan pemulihan kami adalah perkhidmatan yang komprehensif yang meliputi pesakit:

  1. Cerebral palsy
  2. Kecederaan otak ( strok/trauma/tumor)
  3. Spina Bifida
  4. Kecederaan saraf tunjang
  5. Masalah Neuromuskular
  6. Kecacatan anggota semenjak lahir

Perkhidmatan pemulihan dan terapi yang disediakan termasuk:

  1. Perkhidmatan pesakit dalam
  2. Perkhidmatan pesakit luar
  3. Psikologi klinikal
  4. Pendengaran dan pertuturan
  5. Jurupulih Cara Kerja
  6. Fisioterapi
  7. Klinik Orthosis
  8. Klinik Kerusi Roda


Lokasi Kami

Klinik Rehabilitasi Pediatrik
Hospital Rehabilitasi Cheras

Perkhidmatan Pesakit Dalam
Wad 1A
Hospital Rehabilitasi Cheras

Waktu Klinik (08:00am – 5:00pm)
Waktu Rehat (1.00pm – 2.00pm)

Pediatric Rehab Clinic
Isnin dan Khamis setiap minggu

Spina Bifida Clinic
Selasa minggu pertama setiap bulan

Scoliosis Clinic
Rabu minggu pertama dan keempat setiap bulan

Orthotic Clinic
Rabu minggu ketiga setiap bulan

Pediatric Amputee Clinic
Rabu minggu pertama – sekali setiap 3 bulan.