Temujanji Berperingkat

Temujanji Berperingkat Klinik Pakar

Klinik Pakar Hospital Rehabilitasi Cheras mengamalkan pemberian “Temujanji Berperingkat”. Temujanji Berperingkat adalah temujanji yang diberikan mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

Para pesakit hendaklah mematuhi dan mengikut tarikh dan masa temujanji yang telah ditetapkan dan pesakit digalakkan untuk hadir 30 minit lebih awal bagi urusan pengesahan kehadiran dan perkara-perkara lain.

Kebaikan Temujanji Berperingkat

  • Giliran pesakit dapat disusun secara sistematik.
  • Keadaan klinik menjadi lebih selesa kerana tidak sesak.
  • Pesakit tidak perlu menunggu untuk jangka masa yang lama sekiranya datang mengikut masa yang telah ditetapkan.
  • Rawatan yang lebih berkualiti dapat diberikan kepada pesakit.
  • Masalah kekurangan tempat duduk dan tempat meletak kenderaan dapat dikurangkan.


Sistem Tempahan Online Temujanji Berperingkat

Anda boleh menggunakan sistem tempahan secara online untuk mendapatkan temujanji berperingkat. Anda hanya perlu melengkapkan Sistem Temujanji Online dan kami akan menetapkan tarikh temujanji anda kelak. Klik di bawah ini: